AYAM TAMBATAN

Published No Comments on AYAM TAMBATAN
ayam tambatan

Maksud Peribahasa

Maksud Ayam Tambatan

  • Seseorang yang diberi harapan tinggi dan dianggap hebat diantara ahli yang lain. Penggunaan peribahasa ini khusus digunakan dalam permainan melibatkan sukan.

Contoh Ayat

Kini pasukan dari Sekolah Menengah Syed Ibrahim mulai kelihatan goyah tatkala jurulatih pasukan Sekolah Menengah Tunku Jaafar mula memasukkan ayam tambatan mereka yang handal menjaringkan gol pada separuh masa kedua..

Senario Peribahasa

Kemenangan pasukan Bayern Munich di dalam perlawan bersama pasukan Lyon melayakkan pasukan mereka layak ke final. Hal ini sangat diimpikan oleh setiap ahli pasukan kerana ingin menebus kehampaan atas kekalahan pada perlawan separuh akhir sebelum ini.

Kelayakan mereka ke final pada tahun ini adalah disebabkan jaringan oleh ayam tambatan mereka. Ini kerana dua daripada tiga gol yang dijaringkan pada perlawan itu di sempurnakan oleh ayam tambatan mereka iaitu Serge Nabry pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua pula, jaringan ketiga terhasil menerusi Robert Lewandowski dan melengkapkan jaringan 3-0 ke atas pasukan Lyon.

Senario kejayaan pasukan Bayern Munich ke atas pasukan Lyon boleh dirujuk melalui artikel Astro Awani ini.

Ayat Pendek Peribahasa Lain

Soalan Lazim

Apakah peribahasa yang sesuai digunakan pada sesorang yang mahir dalam bola sepak

Peribahasa yang sesuai untuk seseorang yang mahir dalam bola sepak ialah ayam tambatan

Jika seseorang itu mahir dalam sesuatu permainan melibatkan pasukannya, simpulan bahasa apa yang boleh kita gunakan?

Simpulan bahasa ayam tambatan sesuai digunakan untuk seseorang yang mahir dalam sesuatu permainan melibatkan pasukan.

Leave a comment

Your email address will not be published.