BAGAI ENAU DALAM BELUKAR ..

Published No Comments on BAGAI ENAU DALAM BELUKAR ..
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

Maksud Peribahasa

Bagai Enau Dalam Belukar Melepaskan Pucuk Masing-Masing

  • Lebih suka mementingkan diri sendiri dari bersepakat dengan orang disekeliling

Contoh Ayat

Persekitaran taman permainan yang rosak serta kotor langsung tidak diendahkan oleh penduduk di taman itu. Mereka tiada inisiatif untuk memperbaiki atau membersihkan taman itu walaupun taman tersebut merupakan tempat permainan anak-anak mereka juga. Sikap mereka bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masinig kerana lebih gemar mementingkan diri sendiri dari melakukan gotong-royong bersama-sama.

Sikap pemimpin dan juga ahli UMNO yang meninggalkan parti selepas apa yang terjadi pada PRU14 dilihat sebagai perbuatan yang mementingkan diri sendiri. Bagi memahami dengan lebih mendalam situasi politik di  dalam parti UMNO ini dan bagaimana peribahasa bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing menggambarkan akan suasana tersebut, boleh dirujuk di Artikel ini.

Ayat Pendek Peribahasa Lain

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *