Hati Gajah Sama Dilapah Hati Kuman Sama Dicecah

Published No Comments on Hati Gajah Sama Dilapah Hati Kuman Sama Dicecah
hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah

Maksud Peribahasa

Hati Gajah Sama Dilapah Hati Kuman Sama Dicecah

  • Pembahagian kerja atau harta dalam keadaan adil dan saksama. Difahami juga sebagai pepatah yang menggambarkan setiap kesusahan dan kesenangan diharungi bersama.

Contoh Ayat

Dalam kehidupan berkeluarga ini, perlulah kita bertolak ansur dan membantu satu sama lain andai berlaku sesuatu masalah. Permuafakatan ini seiring dengan pepatah hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah..

Peribahasa yang mempunyai maksud yang sama seperti pepatah ini

Senario Peribahasa

Sambutan Aidiladha mengukuhkan persaudaraan kita, persefahaman antara satu sama lain dan juga keharmonian umat islam.

Program gotong royong anjuran Masjid Al-Ikhlas yang bertempat di Seksyen 13 Shah Alam memberi kenikmatan berkongsi kemeriahan Aidiladha bersama saudara Islam yang berhijrah mencari rezeki di Malaysia. Walaupun berbeza kaum dan juga pertuturan, mereka turut dijemput bersama meraikan hari raya ini ibarat pepatah hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.

Sebanyak 11 ekor lembu dan juga 10 ekor kambing dikorbankan dan daging tersebut diagih-agihkan kepada penerima yang tersenarai dan juga asnaf yang terdapat di kawasan tersebut sebanyak 500 orang.

Senario berkaitan pepatah hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah boleh dirujuk di Artikel ini dengan lebih mendalam.

Ayat Pendek Peribahasa Lain

Soalan Lazim

Apakah yang maksud peribahasa hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah?

Ia membawa maksud pembahagian kerja atau melibatkan sesuatu hal dalam keadaan adil.

Contoh ayat ringkas hati gajah sama dilapah?

Bertolak ansur dan berkongsi lah dengan adil ibarat hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah

Adakah maksud hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah itu bererti sesuatu perkongsian haruslah adil antara kedua-dua pihak?

Ya. Ia membawa maksud perkongsian yang adil dan saksama antara kedua-dua pihak.

Leave a comment

Your email address will not be published.