Hendak Seribu Daya Tak Hendak ..

Published No Comments on Hendak Seribu Daya Tak Hendak ..
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

Maksud Peribahasa

Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih

  • Melakukan sesuatu perkara sehingga selesai tanpa sebarang rungutan walaupun dibebani dengan masalah.

Contoh Ayat

Encik Roslan bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang diberi sehingga selesai walaupun tugasan tersebut kerap kali terjadi masalah. Pendirian encik roslan sama seperi pepatah hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih..

Peribahasa Yang Mempunyai Maksud Yang Sama Seperti Pepatah Ini

Senario Peribahasa

Disebabkan kemalangan jalan raya pada Februari tahun lepas, Muhammad Kamal, 27, bekas pemain sepak takraw bagi skuad Black Panthers Pulau Pinang akhirnya terpaksa berkerusi roda untuk meneruskan kehidupan kerana disahkan lumpuh dan tidak mampu untuk berjalan lagi.

Setelah tidak mampu lagi untuk menyandang jawatan sebagai perejam dalam kumpulannya, Muhammad Kamal kini giat dalam usaha perniagaan. Baginya, ia tidak mahu akan kecacatan itu mematahkan semangat beliau untuk meneruskan kejayaan.

Perniagaaan berunsur minuman yang diberi nama “Ayaq Petak” itu semakin dikenali dan juga mendapat perhatian di pasaran tempatan. Usaha demi usaha yang dilakukan oleh Muhammad Kamal ini tidak tumpah seperti peribahasa hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Senario kisah hidup dan juga bagaimana daya usaha yang ditunjukkan oleh saudara Muhammad Kamal boleh dirujuk melalui Artikel ini dengan lebih mendalam.

Ayat Pendek Peribahasa Lain

Soalan Lazim

Contoh peribahasa tentang daya usaha?

Peribahasa yang sesuai adalah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih contoh ayat ringkas yang boleh digunakan?

Walau hidup serba kekurangan, beliau tetap tekun berusaha sehingga memperoleh kejayaan.

Maksud peribahasa hendak seribu daya tak seribu dalih?

Bermaksud daya usaha yang dilakukan seseorang itu sehingga berjaya tanpa ada sebarang rungutan.

Contoh ayat hendak seribu daya tak hendak seribu dalih kebanyakannya diucapkan kepada siapa?

Diucapkan kepada seseorang yang melakukan kerja atau tugas dengan daya usaha bersungguh-sungguh tanpa merungut akan sebarang perkara yang merumitkannya.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *