Hujan Emas Di Negeri Orang Hujan Batu Di Negeri Sendiri

Published No Comments on Hujan Emas Di Negeri Orang Hujan Batu Di Negeri Sendiri
hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri

Maksud Peribahasa

Hujan Emas Di Negeri Orang Hujan Batu Di Negeri Sendiri

Sebaik-baik negeri orang tidaklah sebaiknya dari negeri sendiri.

Contoh Ayat

Daud lebih suka bekerja dan menetap di kampung asalnya berbanding bekerja di luar, kerana baginya lebih selesa akan keadaan di sini. Gambaran yang Daud umpamakan seperti hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri..

Senario Peribahasa

Apakah yang dimaksudkan dengan hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri dan sejauh mana kebenarannya?

Jika anda masih ingat akan peristiwa bot pancung karam yang telah mengorbankan 70 warga Indonesia di perairan Sabak Bernam pada 3 September lalu, peribahasa hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri menguatkan peribahasa ini.

Ini disebabkan terbukti yang orang asing sanggup bertarung nyawa datang ke negara ini hanya semata-mata untuk mencari rezeki. Bahkan bukan sekali peristiwa bot karam yang mengorbankan pendatang ini kita telah dengar, malah perkara sebegini sudah beberapa kali telah berlaku.

Senario berkaitan peribahasa hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri ini boleh dirujuk melalui artikel mStar ini dengan lebih mendalam bagaimana sesuatu keadaan itu menguatkan peribahasa ini.

Ayat Pendek Peribahasa Lain

Soalan Lazim

Apakah peribahasa yang sesuai digunakan pada tempat yang kita diami lebih baik dari mendiami tempat orang?

Peribahasa yang sesuai untuk situasi begini ialah hujan emas di negeri orang , hujan batu di negeri sendiri.

Apakah jenis ayat hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri ringkas yang boleh digunakan?

Hidup serta mencari rezeki di tempat sendiri lebih baik walau serba kekurangan dari hidup mencari rezeki di tempat orang yang menguji kesukaran seperti pepatah hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri.

Apakah maksud hujan emas di negeri orang?

Maksudnya ialah walau mempunyai akan keuntungan tetapi harus menempuhi akan kesukaran yang ada.

Adakah peribahasa hujan emas di negeri orang?

Ada. Iaitu peribahasa hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *