LIPAS KUDUNG

Published No Comments on LIPAS KUDUNG
lipas kudung

Maksud Peribahasa

Lipas Kudung

  • Perbuatan yang dilakukan samada berjalan,bekerja atau sebaliknya dengan pantas.

Contoh Ayat

Husin berlari seperti lipas kudung. Sehinggakan rakan-rakan yang berlari bersama penat untuk mengejarnya.

Peribahasa yang mempunyai maksud yang sama seperti pepatah ini

  • Bagai lintah dipotong ekor.
  • Bagai kiambang putus tali

Senario Peribahasa

Pengalaman Petrus Shitembi dalam aksi 4 perlawan bola sepak Liga Malaysia merupakan pengalaman baru baginya. Ini kerana ia adalah kali pertama pemain kebangsaan Namibia itu beraksi bersama kumpulan dari Malaysia iaitu Tambadau Sabah.

Digelar sebagai lipas kudung di dalam pasukan Tambadau Sabah, kini beliau teruja meneruskan aksi bersama pasukannya itu. Beliau juga berterima kasih kepada persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) terutama sekali presidennya iaitu Datuk Peter Anthony kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi sebahagian daripada anggota skuad Tambadau Sabah pada musim ini.

Beliau juga menyedari bahawa ini adalah cabaran baru di dalam hidupnnya serta beliau juga sangat teruja untuk membantu pasukan Tembadau Sabah, dengan harapan dapat tamatkan saingan Liga Super di kedudukan yang dihormati dan juga dalam saingan liga yang lain.

Senario pengalaman baharu serta digelar sebagai si lipas kudung pada Petrus Shitembi diterangkan di dalam Artikel ini.

Ayat Pendek Peribahasa Lain

Soalan Lazim

Peribahasa atau simpulan bahasa yang sering digunakan pada seseorang yang berlari laju?

Peribahasa atau simpulan bahasa yang tepat untuk perkara sedemikian iaitu lipas kudung maksud ialah seseorang yang melakukan suatu perkara samada kerja atau berlari dengan kadar yang pantas.

Bolehkah digunakan peribahasa ini dalam aspek pekerjaan?

Boleh. Ini kerana maksud lipas kudung bererti sifat seseorang serta perilakunya yang bertindak dalam sesuatu perkara dengan pantas.

Bagaimana ayat yang paling ringkas bagi peribahasa ini?

Contoh ayat : Jamil memenangi perlawanan kerana berlari seperti lipas kudung

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *