Mengenai Maksud Peribahasa (MP)

Matlamat

Laman Sesawang bagi Maksud Peribahasa ini mengetengahkan maklumat berkaitan dengan peribahasa-peribahasa yang terdapat dan digunakan bagi pembelajaran di Sekolah. Setiap peribahasa yang terdapat di laman sesawang ini diolah untuk menjadikan ia mudah untuk dipelajari dan mudah untuk mengenali bagaimana peribahasa itu dimaksudkan.

Laman sesawang ini tidak termaktub bagi pembelajaran untuk para pelajar sahaja, tetapi boleh dibuat sebagai bahan rujukan bagi para guru, para penulis dan juga bagi sesiapa yang ingin menggunakan peribahasa di dalam penulisan mereka.

Dengan kuantiti peribahasa yang terdapat di laman sesawang ini, diharap dapat membantu anda untuk mengenali maksud bagi setiap peribahasa tersebut dan dapat mempelajari bagaimana untuk mempraktikkan peribahasa itu di dalam setiap ayat.