TIADA ROTAN AKAR PUN BERGUNA

Published No Comments on TIADA ROTAN AKAR PUN BERGUNA
tiada rotan akar pun berguna

Maksud Peribahasa

Tiada Rotan Akar Pun Berguna

  • Jika sesuatu perkara atau barang yang diinginkan kita tiada yang terbaik, yang kurang baik itu pun dibolehkan juga.

Contoh Ayat

Setelah Azman puas mencari pembesar suara di merata kedai, akhirnya Azman terpaksa mengambil pembesar suara yang bukan jenis diidamkannya. Baginya tiada rotan akar berguna, sekurangnya barang tersebut dapat berfungsi seperti jenis yang diinginkannya.

Peribahasa yang mempunyai maksud yang sama seperti pepatah ini

  • Baik berjagung-jagung sementara menunggu padi belum masak.

Disebabkan akan penularan Covid-19 yang membimbangkan di negara ketika ini, jurulatih skuad pelayaran negara Affendy Abdullah memanggil rakan pelayar negeri untuk dijadikan sebagai rakan sepelatih sebagai daya usaha yang ingin dilakukannya. Bagi memahami dengan lebih mendalam situasi jurulatih pelayaran ini dan bagaimana peribahasa tiada rotan akar pun berguna digambarkan di dalam penceritaan tersebut, boleh dirujuk di dalam Artikel ini.

Ayat Pendek Peribahasa Lain

Leave a comment

Your email address will not be published.