USAHA TANGGA KEJAYAAN

Published No Comments on USAHA TANGGA KEJAYAAN
usaha tangga kejayaan

Maksud Peribahasa

  • Maksud peribahasa usaha tangga kejayaan ialah seseorang yang inginkan kejayaan perlulah berusaha gigih sehingga mencapai kejayaan yang diinginkan.

Contoh Ayat

Semasa perhimpunan harian di sekolah, pengetua seringkali memberi kata kata galakan kepada setiap pelajar dan mengingatkan bahawa usaha itu tangga kejayaan..

Contoh-contoh peribahasa sama maksud usaha tangga kejayaan yang terdapat di Malaysia

  • Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang
  • Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu
  • Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Senario Peribahasa

Kejayaan yang dikecapi oleh saudara Nasarudin Mat Yusop ini sinonim dengan penggunaan peribahasa usaha tangga kejayaan kerana mengasah bakat yang dimiliki untuk menjadi lebih berpengalaman di dalam litar.

Penglibatan pertama Nasarudin di dalam dunia perlumbaan adalah pada tahun 2007 iaitu perlumbaan Malaysia Super Series (MSS) dalam kategori Supersport. Walaupun penglibatan ini merupakan kali pertama, pencapaian Nasarudin yang amat memberangsangkan kerana berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan dalam kelas Novice Supersport.

Untuk tahun 2010, Nasarudin berlumba dalam kelas Expert di bawah tajaan Two Wheel Garage (TWG) yang turut disertai para pelumba tersohor seperti Zamri Baba, Zamani dan juga pelumba hebat dari negara luar. Di dalam kategori ini, kejayaan yang dikecapi Nasarudin ialah berjaya meraih kemenangan demi kemenangan.

Kejayaan yang dikecapi oleh saudara Nasarudin ini adalah merupakan berkat daya usahanya yang jitu untuk mencapai kemenangan. Sikap sebegini bagus untuk kita jadikan teladan kerana setiap daya usaha yang kita curahkan akan mendapat hasil yang terbaik untuk kita.

Hasil daripada kejayaan ini menceritakan bahawa setiap orang perlulah bekerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk mencapai cita-cita yang diimpikan.

Senario kejayaan saudara Nasarudin ini boleh dirujuk melalui Artikel ini dengan lebih mendalam bagaimana detik-detik kesusahan beliau sebelum mencapai kejayaan.

Ayat Pendek Peribahasa Lain

Soalan Lazim

Contoh peribahasa tentang kejayaan?

Contoh peribahasa yang berkaitan tentang kejayaan adalah Usaha Tangga Kejayaan.

Apakah jenis ayat usaha tangga kejayaan ringkas yang boleh digunakan?

Contoh cara bina ayat usaha tangga kejayaan adalah seperti berikut :

Tekun dan berusaha sehingga berjaya kerana usaha itu adalah tangga kejayaan.

Maksud peribahasa usaha tangga kejayaan?

Usaha berterusan yang menbuahkan kejayaan kepada seseorang.

Peribahasa usaha tangga kejayaan contoh ayat yang sering diucapkan itu sesuai diertikan kepada individu yang bagaimana?

Contoh ayat peribahasa usaha tangga kejayaan ini sesuai diucapkan kepada seseorang individu yang mencapai kejayaan atas daya usaha sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *