Bulat Air Kerana Pembetung Bulat Manusia

Published No Comments on Bulat Air Kerana Pembetung Bulat Manusia
bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat

Maksud Peribahasa

BULAT AIR KERANA PEMBETUNG BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT

Sesuatu kejayaan yang diperoleh disebabkan seluruh pasukan atau masyarakat bersatu hati dan berpegang teguh antara satu sama lain.

Contoh Ayat

Kampung Melur merupakan kampung yang amat harmoni, bahkan setiap permasalahan yang terjadi kepada penduduk di situ akan diselesaikan bersama. Umpama pepatah berbunyi “ bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat”..

Peribahasa yang mempunyai maksud yang sama seperti pepatah ini

Senario Peribahasa

Bahagian Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menganjurkan aktiviti gotong-royong untuk mencuci gelanggang terbuka di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan berikutan persiapan untuk program Klinik Pembangunan Sukan Teqball Peringkat Negeri Kelantan pada 9hb hingga 10hb Oktober 2020. Aktiviti gotong royong ini telah dijayakan dengan daya usaha dari 7 orang pekerja dari unit kebersihan.

Senario aktiviti gotong royong sempena persiapan untuk program sukan tersebut boleh dirujuk melalui artikel JBSN ini dengan lebih mendalam.

Ayat Pendek Peribahasa Lain

Soalan Lazim

Contoh peribahasa tentang kerjasama serta bergotong royong?

Peribahasa yang berkaitan dengan hal berikut ialah bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat

Apakah maksud bulat air kerana pembetung?

Bermaksud sesuatu hal yang dibuat secara bersama atau lebih difahami dengan ungkapan gotong-royong.

Contoh ayat bulat air kerana pembetung yang paling ringkas

Program gotong royong anjuran rukun tetangga di kawasan Taman Dahlia dijalankan dengan sempurna dan semua ahli bersepakat menjalankan tugasan secara bekerjasama.

Peribahasa bulat air kerana pembetung sesuai diguna pada situasi yang bagaimana?

Peribahasa ini sesuai digambarkan pada situasi keadaan bergotong royong ataupun bekerjasama.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *