BAGAI AUR DENGAN TEBING

Published No Comments on BAGAI AUR DENGAN TEBING
bagai aur dengan tebing

Maksud Peribahasa

Bagaimana Aur Dengan Tebing

  • Sikap tolong menolong dan suka membantu orang. Dalam erti kata lain bekerjasama.

Contoh Ayat

Kejiranan penduduk kampung amat rapat dan saling membantu antara satu sama lain, seperti kata pepatah bagai aur dengan tebing..

Bak kata pepatah bagai aur dengan tebing.

Peribahasa Yang Mempunyai Maksud Yang Sama Seperti Pepatah Ini

Senario Peribahasa

Hubungan istimewa antara negeri Johor yang terletak di Malaysia dan juga negara Singapura dapat dilihat sejak sekian lama seperti pepatah bagai aur dengan tebing. Jalinan antara Johor dan juga Singapura ini bukan sahaja dapat dilihat dari perkembangan ekonomi malah kemajuan antara kedua-duanya terkait rapat.

Dihubungkan antara dua negara menerusi Tambak Johor dan Lebuh Raya Laluan Kedua menjadikan penghubung serta membuatkan Malaysia – Singapura terus akrab. Hubungan yang istimewa ini juga memberi 1001 nostalgia samada sedih atau gembira kepada yang pernah atau masih melalui jalan tersebut.

Senario keadaan dan bagaimana yang dikatakan seperti peribahasa bagai aur dengan tebing boleh dirujuk di dalam artikel Sinar Harian ini dengan lebih mendalam bagaimana hubungan baik antara kedua-dua negara ini terjalin.

Lain-lain peribahasa

Untuk lain-lain peribahasa, anda boleh rujuk & klik halaman ini.

**Peribasa adalah bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yg tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu.

Ayat Pendek Peribahasa Lain

Soalan Lazim

Apakah maksud bagai aur dengan tebing?

Ia membawa maksud tolong menolong dan membantu orang di sekeliling.

Adakah maksud bagai aur dengan tebing melambangkan kerjasama melibatkan antara kedua-dua belah pihak?

Ya. Ia bermaksud bekerjasama dan boleh juga diertikan seperti sikap yang suka tolong menolong dan sikap yang suka membantu.

Contoh ayat bagai aur dengan tebing yang ringkas?

Hiduplah dalam suasana yang bertolak ansur dan tolong menolong.

Apakah peribahasa yang sesuai untuk bekerjasama antara satu sama lain?

Peribahasa yang sesuai adalah bagai aur dengan tebing maksudnya bertolak ansur dan membantu antara orang disekeliling.

Leave a comment

Your email address will not be published.